Bila ada anak kecil ni, biasalah kalau anak kecil ni selalu tak berapa sihat. Bayi memang mudah kena demam, batuk dan selsema ssepanjang tempoh bayi nak membesar.. Lebih-lebih kalu lepas cucuk vaksin.. keesokkan harinya anak kesayangan kita pasti akan demam, tapi ni bergantung juga vaksin apa (pasal vaksin, kalu ada masa nanti aku citer di post lain) Sebagai ibubapa biasalah selalu akan susah hati dan panik bila anak tak sihat.. aku sendiri pernah melaluinya.. Setiap kali Eicah demam panas.. mama Eicah memang selalu tidak cukup tidur.. setiap waktu akan sukat suhu badan Eicah... hanya untuk memastikan demam Eicah tidak terlalu panas sehingga ke tahap yang merbahaya.. Kalau baby dah cecah 40°C tolonglah bawa anak ke klinik berdekatan ya.. Jangan tunggu-tunggu dan kalu boleh jangan main sumbat je ubat bontot tanpa preskripsi dari doktor, sebab aku pernah tengok ada seorang kanak-kanak dalam usia bawah 2 tahun bengkak satu badan gara-gara alergi atau overdose berpunca dari ubat bontot ni, kebetulan masa tu Eicah tak sihat dan kami bawa dia ke hospital Az-zaharah. (Ni bukan andaian aku tau.. aku tanya mak dia punca anak dia jadi mcm ni, serious sedih)
Ok berbalik semula kepada tajuk kisah hari ni.. Tahukah ibu-ibu sebenarnya bahagian tubuh bayi yang berbeza mempunyai suhu yang berbeza ?? haaaa ni yang aku nak citer.. mungkin ada yang tahu dan tak tahu kan... Aku dulu tak tau... duk juga la pelikkan apsal bila sukat suhu kat dahi tak sama dengan di telinga atau di perut.. pastu mulalah konpius sorang-sorang Eicah ni sihat ke tak.. hehehe..
Mula-mula sekali, kita sebagai ibubapa kenalah tau dulu berapa suhu badan yang normal untuk bayi..Sebenarnya suhu badan yang normal untuk bayi adalah dalam lingkungan 36°C hingga 38°C Namun ianya bergantung juga di bahagian mana suhu badan ini diambil..
Sila rujuk gambar dibawah untuk maklumat lebih detail.. Gambar ni telah dikongsikan oleh Breast Pumps Shop (comelkan gambar baby ni.. terima kasih Breast Pumps shop yang telah kongsikannya.. sgt bermanfaat) Contoh: Jika ambil suhu bayi di bahagian dahi.. suhu yang normal adalah kurang daripada 38.1°C
So lepas ni, jangan cepat panik okay... memang bayi mempunyai suhu badan yang berbeza di bahagian tubuh bayi yang berbeza... Oleh itu, sila pastikan suhu bayi anda berada dalam lingkungan yang okay.. Pastikan suhu badan bayi tidak terlalu rendah atau terlalu tinggi kerana ini boleh merbahayakan bayi.
Sekarang dah tau pasal suhu badan bayi yang normal.. okay macam mana pula cara untuk ambil suhu bayi?? Terdapat banyak cara bagaimana untuk mengambil suhu bayi, samada di bahagian permukaan kulit seperti dahi, dalam mulut atau bahagian sedikit dalam lubang dubur.
Berikut adalah butiran lanjut cara mengambil suhu menggunakan termometer:-
- Rectal Thermometry ( Termometer dimasukkan melalui dubur)
Ia merupakan salah satu cara yang paling tepat untuk memeriksa suhu bayi. Malah ia merupakan salah satu cara yang disarankan. Tetapi bagi anak yang lebih besar, mereka mungking paling tidak selesa dengan cara ini. Julat suhu normal untuk cara ini ialah 36.6°C hingga 38°C
- Axillary Thermometry (Termometer diletak dibawah ketiak)
Cara ini kurang sesuai bagi memeriksa suhu bayi memandangkan ia jauh dari teras badan. Malah ia juga mudah dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Julat suhu normal untuk cara ini ialah 36.5°C hingga 37.5°C
- Oral Thermometry (Termometer dimasukkan ke dalam mulut dibawah lidah)
Cara ini juga kurang sesuai digunakan pada bayi. Malah ia juga tidak berapa tepat kerana mudah dipengaruhi oleh makanan dan minuman yang baru dimakan. Julat suhu normal untuk cara ini ialah 35.5°C hingga 37.5°C
- baru lahir hingga lima (5) tahun : rektal atau axillary
- lebih lima (5) tahun : oral atau axillary
Untuk Eicah, aku beli termometer digital mula-mula.. tapi susah sangat nak ambil suhu badan Eicah kadang-kadang sebab Eicah suka bergerak-gerak atau meronta.. selain daripada tu aku pun macam tak confident je betul ke cara ambil suhu. So aku buat keputusan nak beli termometer infrared pula sebab tengok doktor Eicah guna.. kelebihan termometer infrared ni, ianya cepat dan mudah.. cuma termometer infrared ni mahal la skit jika dibandingkan dengan termometer digital tu.. kebetulan masa pergi baby ekspo di Midvalley jenama Little Bean ni ada buat promosi.. so aku grab la, kecil je dan mudah juga utk dibawa travel.. boleh rujuk gambar di bawah ya.
Bila ada bayi ni... kalau boleh rajin-rajinlah pantau suhu badan bayi... Pastikan bayi tidak mengalami Hipotermia atau Hipertermia. Ini boleh membahayakan bayi. Apa itu Hipotermia dan Hipertemia??
Hipotermia
- Hipotermia ialah keadaan di mana suhu terlalu rendah.
- Ia boleh terjadi apabila bayi dibiarkan di dalam keadaan terlalu sejuk dalam jangka masa yang lama,
- Selain itu, jangkitan juga boleh menyebabkan penurunan suhu yang mendadak.
Apa yang perlu dilakukan jika bayi mengalami Hipotermia?
- Mengawal selia dengan memberi sentuhan kulit ke kulit dengan badan anda.
- Mandikan bayi dengan air sedikit panas (tidak terlalu panas) hingga ke bahagian dada.
- Letakkan bayi berhampiran alat pemanas
Hipertermia
- Hipertermia ialah keadaan di mana suhu badan terlalu tinggi.
- Sama ada disebabkan oleh demam atau strok haba (heat stroke)
- Suhu badan meningkat boleh disebabkan oleh jangkitan, reaksi terhadap ubatan atau trauma.
Apa yang perlu dilakukan jika bayi mengalami Hipertermia?
- Bukakan baju bayi dan pakaikan pakaian atau seluar yang nipis atau cukup sekadar dengan pakai lampin pakai buang sahaja.
- Jangan selimutkannya.
- Basahkan atau mandikan bayi dengan air suam terutamanya di bahagian muka, leher, ketiak pelipat dan pangkal peha kerana dibahagian situ yang menyumbang banyak kepada suhu badan. Jika nampak bayi sudah mula mengigil berhenti mandikan atau basahkan badannya dan pakaikan pakaian yang nipis dan selimutkan bayi dengan lembaran atau kain yang nipis sahaja.
- Jangan biarkan suhu terlalu rendah kerana mengigil boleh menyebabkan suhu badan meningkat
- Berikan bayi banyak minum susu atau air kerana ini juga dapat mengurangkan suhu badannya.
Oklah sampai di sini sahaja coretan hari ni.. hopefully dapat membantu..
sumber: buzzle, theasianparent



No comments:
Post a Comment