Assalamualaikum dan salam perkenalan...
Hari ni baru je lepas borak dengan sorang teman.. dia yang syorkan agar aku start balik menulis blog.. Lama dah aku tinggalkan dunia berblog ni.. Nak menulis blog ni bukan mudah.. perlukan masa, minat yang mendalam, kerajinan dan komitmen.. Ramai juga yang tewas dalam bab komitmen ni... termasuklah aku..
Tapi oleh kerana, seorang teman telah mengesyorkan.. jadi aku mencuba semula.. seriously, aku xtau nak bermula dengan apa.. atau tajuk untuk Blog ni apa.. Seriously no idea at all..
Tapi aku duk teringat pada Eicah.. nama manja anak aku.. so why not untuk permulaan ni aku letak Dunia Mama Eicah.. berkisahkan kehidupan dan pengalaman mama Eicah.. Untuk permulaan.. I'm nobody.. hanya rakyat marhean atau dalam erti kata lain.. orang biasa-biasa je.. bukan artis.. bukan ikon.. bukan orang kaya..
So, apa yang menarik pasal kehidupan aku?? Jawapannya.. tiada yang menarik pun.. kehidupan aku normal.. seperti orang kebanyakkan.. Mesti ada yang pelik.. apsal gedik sangat nak buat blog??? well.. setiap orang yang buat blog ni pasti ada sebab yang tersendiri.. ada agenda masing-masing.. so am I.. Jadi apa agenda aku? Buat masa ni.. belum pasti lagi apa agenda sebenar aku.. masih samar-samar lagi sebenarnya..
Tapi yang pastinya, sesiapa yang baca atau follow blog aku.. aku berharap sangat ianya dapat memberi faedah dan membantu mereka yang sedang mencari jawapan.. aku tidak kejar populariti.. tapi aku mahu satu hari nanti blog ni dapat dibaca oleh Eicah.. agar ianya adalah antara kenangan dan memori yang mama tinggalkan untuk Eicah..
Ok.. cukup sampai di sini dahulu.. oppsss.. punya la seronok mengarang.. lupa pula nak kenalkan diri sendiri.. Nama aku Tanti.. ya.. aku rakyat Malaysia.. sebab selalu juga orang tanya aku ni orang mana selepas dengar nama aku.. hehe tu belum lagi orang selalu tegur kata muka aku macam muka kawan diorang la atau famili diorang la.. hehehe aku pasrah je..
No comments:
Post a Comment