Pages

Monday, 13 November 2017

Baby Shark Doo Doo doo Doo



Siapa yang tak tahu dengan lagu baby shark doo doo doo doo ni kan.. especially yang ada anak kecil.. lagu ni mmg jadi kegemaran si anak kecil.. termasuk la dengan Eicah.. pantang pegang handphone mama dia.. sibuk nak suruh buka lagu baby shark doo doo.. Eicahnya dialog " ma... nak shark doo doo.." sambil buat muka cute dia..

pastu mama eicah pun gatal p install mobile apps shark doo doo.. mmg abis la handphone mama jadi mangsa eicah.. everytime, kalu eicah dengar lagu ni.. dia mesti agak gerakkan tangan dia buat gaya baby shark doo doo.. alahai comelnya... geram je mama tengok.. tapi yang buat mama geram juga.. asyik nak ulang je la lagu tu.. aishhhh...

Mama sangkakan sampai di situ sahaja kegilaan Eicah pada shark doo doo dia.. rupa2nya tiidaakkkkkkk....

Penjual baju kanak2 pun bijak.. mereka sentiasa up-todate dengan kegemaran kanak2.. sekarang dah jual pula baju shark doo doo... dan eicah dah pandai tunjuk nak baju baby shark doo doo.. mama adalah beli sepasang je.. nasib baiklah murah kann... RM10 sepasang.. kualiti kain pun bagus... masa mula2 pakai tu memamg excited la Eicah... suruh mandi pun laju je dia p lari ambil tuala dan tak sabar nak buka baju utk mandi, kiranya tak susah lah nak suruh dia p mandi... lepas dah dpt pakai baju baby shark dia.. mmg happy betul dia.. siap pose buat tangan baby shark dia sambil sengih mcm kerang busuk.. hahaha

Cabaran adalah pada keesokkan paginya, bila nak suruh dia mandi.. mmg gaduh la mama n eicah.. mana taknya... Eicah takmo mandi.. sbb takmo buka baju favourite dia.. jenuh juga la mama nak memujuk si cilik sorang ni.. pas mandi pun.. dia sibuk nak pakai semula baju kesygn dia.. adeihhh... pening kepala mama dibuatnya..

Nak tak nak.. mama kini mempunyai misi membeli lagi baju shark doo doo... mmg sangat mencabar.. sbb mama tak jumpa.. hehehe kalu ada pun samada dah abis stok atau size eicah takde atau mahal sgt.. nasib baik last friday, mama berjaya beli baju fav dia.. skrg eicah dah ada 3 pasang baju tido dan 1 helai t-shirt baby shark doo doo.. haha tertiba aku teringat kat anak buah aku si Siddique masa dia kecil2 dulu.. setiap hari nak pakai baju kostum spiderman dia.. jenuh kak wati (my mother's maid) basuh setiap hari dan pastikan ia kering.

Selain dari lagu baby shark doo doo doo doo ni.. ofkos Eicah ada suka lagu lain sblm ni.. which is Didi & Friends.. tp skrg ni la lagu fav dia.. but ofkos Eicah no 1 fav song is Faded by Allen Walker (jgn main2 tau taste anak aku ni.. haha)

Ok. jom kita nyanyi lagu baby shark doo doo doo doo..

Baby shark, doo doo doo doo doo doo.
Baby shark, doo doo doo doo doo doo.
Baby shark, doo doo doo doo doo doo.
Baby shark!

Mommy shark, doo doo doo doo doo doo.
Mommy shark, doo doo doo doo doo doo.
Mommy shark, doo doo doo doo doo doo.
Mommy shark!

Daddy shark, doo doo doo doo doo doo.
Daddy shark, doo doo doo doo doo doo.
Daddy shark, doo doo doo doo doo doo.
Daddy shark!

Grandma shark, doo doo doo doo doo doo.
Grandma shark, doo doo doo doo doo doo.
Grandma shark, doo doo doo doo doo doo.
Grandma shark!

Grandpa shark, doo doo doo doo doo doo.
Grandpa shark, doo doo doo doo doo doo.
Grandpa shark, doo doo doo doo doo doo.
Find more lyrics at ※ Mojim.com
Grandpa shark!

Let's go hunt, doo doo doo doo doo doo.
Let's go hunt, doo doo doo doo doo doo.
Let's go hunt, doo doo doo doo doo doo.
Let's go hunt!

Run away, doo doo doo doo doo doo.
Run away, doo doo doo doo doo doo.
Run away, doo doo doo doo doo doo.
Run away!

Safe at last, doo doo doo doo doo doo.
Safe at last, doo doo doo doo doo doo.
Safe at last, doo doo doo doo doo doo.
Safe at last!

It's the end, doo doo doo doo doo doo.
It's the end, doo doo doo doo doo doo.
It's the end, doo doo doo doo doo doo.
It's the end!


Friday, 3 November 2017

Ketahui Suhu Badan Bayi Yang Normal



Bila ada anak kecil ni, biasalah kalau anak kecil ni selalu tak berapa sihat. Bayi memang mudah kena demam, batuk dan selsema ssepanjang tempoh bayi nak membesar.. Lebih-lebih kalu lepas cucuk vaksin.. keesokkan harinya anak kesayangan kita pasti akan demam, tapi ni bergantung juga vaksin apa (pasal vaksin, kalu ada masa nanti aku citer di post lain) Sebagai ibubapa biasalah selalu akan susah hati dan panik bila anak tak sihat.. aku sendiri pernah melaluinya.. Setiap kali Eicah demam panas.. mama Eicah memang selalu tidak cukup tidur.. setiap waktu akan sukat suhu badan Eicah... hanya untuk memastikan demam Eicah tidak terlalu panas sehingga ke tahap yang merbahaya.. Kalau baby dah cecah 40°C tolonglah bawa anak ke klinik berdekatan ya.. Jangan tunggu-tunggu dan kalu boleh jangan main sumbat je ubat bontot tanpa preskripsi dari doktor, sebab aku pernah tengok ada seorang kanak-kanak dalam usia bawah 2 tahun bengkak satu badan gara-gara alergi atau overdose berpunca dari ubat bontot ni, kebetulan masa tu Eicah tak sihat dan kami bawa dia ke hospital Az-zaharah. (Ni bukan andaian aku tau.. aku tanya mak dia punca anak dia jadi mcm ni, serious sedih)

Ok berbalik semula kepada tajuk kisah hari ni.. Tahukah ibu-ibu sebenarnya bahagian tubuh bayi yang berbeza mempunyai suhu yang berbeza ?? haaaa ni yang aku nak citer.. mungkin ada yang tahu dan tak tahu kan... Aku dulu tak tau... duk juga la pelikkan apsal bila sukat suhu kat dahi tak sama dengan di telinga atau di perut.. pastu mulalah konpius sorang-sorang Eicah ni sihat ke tak.. hehehe..

Mula-mula sekali, kita sebagai ibubapa kenalah tau dulu berapa suhu badan yang normal untuk bayi..Sebenarnya suhu badan yang normal untuk bayi adalah dalam lingkungan 36°C hingga 38°C Namun ianya bergantung juga di bahagian mana suhu badan ini diambil..

Sila rujuk gambar dibawah untuk maklumat lebih detail.. Gambar ni telah dikongsikan oleh Breast Pumps Shop (comelkan gambar baby ni.. terima kasih Breast Pumps shop yang telah kongsikannya.. sgt bermanfaat) Contoh: Jika ambil suhu bayi di bahagian dahi.. suhu yang normal adalah kurang daripada 38.1°C


So lepas ni, jangan cepat panik okay... memang bayi mempunyai suhu badan yang berbeza di bahagian tubuh bayi yang berbeza... Oleh itu, sila pastikan suhu bayi anda berada dalam lingkungan yang okay.. Pastikan suhu badan bayi tidak terlalu rendah atau terlalu tinggi kerana ini boleh merbahayakan bayi.


Sekarang dah tau pasal suhu badan bayi yang normal.. okay macam mana pula cara untuk ambil suhu bayi?? Terdapat banyak cara bagaimana untuk mengambil suhu bayi, samada di bahagian permukaan kulit seperti dahi, dalam mulut atau bahagian sedikit dalam lubang dubur. 




Berikut adalah butiran lanjut cara mengambil suhu menggunakan termometer:-

  • Rectal Thermometry ( Termometer dimasukkan melalui dubur)
Ia merupakan salah satu cara yang paling tepat untuk memeriksa suhu bayi. Malah ia merupakan salah satu cara yang disarankan. Tetapi bagi anak yang lebih besar, mereka mungking paling tidak selesa dengan cara ini. Julat suhu normal untuk cara ini ialah 36.6°C hingga 38°C
  • Axillary Thermometry (Termometer diletak dibawah ketiak)
Cara ini kurang sesuai bagi memeriksa suhu bayi memandangkan ia jauh dari teras badan. Malah ia juga mudah dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Julat suhu normal untuk cara ini ialah 36.5°C hingga 37.5°C
  • Oral Thermometry (Termometer dimasukkan ke dalam mulut dibawah lidah)
Cara ini juga kurang sesuai digunakan pada bayi. Malah ia juga tidak berapa tepat kerana mudah dipengaruhi oleh makanan dan minuman yang baru dimakan. Julat suhu normal untuk cara ini ialah 35.5°C hingga 37.5°C

Cadangan bahagian yang sesuai mengambil suhu bayi:-
  • baru lahir hingga lima (5) tahun : rektal atau axillary
  • lebih lima (5) tahun : oral atau axillary

Untuk Eicah, aku beli termometer digital mula-mula.. tapi susah sangat nak ambil suhu badan Eicah kadang-kadang sebab Eicah suka bergerak-gerak atau meronta.. selain daripada tu aku pun macam tak confident je betul ke cara ambil suhu. So aku buat keputusan nak beli termometer infrared pula sebab tengok doktor Eicah guna.. kelebihan termometer infrared ni, ianya cepat dan mudah.. cuma termometer infrared ni mahal la skit jika dibandingkan dengan termometer digital tu.. kebetulan masa pergi baby ekspo di Midvalley jenama Little Bean ni ada buat promosi.. so aku grab la, kecil je dan mudah juga utk dibawa travel.. boleh rujuk gambar di bawah ya.



Bila ada bayi ni... kalau boleh rajin-rajinlah pantau suhu badan bayi... Pastikan bayi tidak mengalami Hipotermia atau Hipertermia. Ini boleh membahayakan bayi. Apa itu Hipotermia dan Hipertemia??

Hipotermia

  • Hipotermia ialah keadaan di mana suhu terlalu rendah.
  • Ia boleh terjadi apabila bayi dibiarkan di dalam keadaan terlalu sejuk dalam jangka masa yang lama,
  • Selain itu, jangkitan juga boleh menyebabkan penurunan suhu yang mendadak.

Apa yang perlu dilakukan jika bayi mengalami Hipotermia?

  • Mengawal selia dengan memberi sentuhan kulit ke kulit dengan badan anda.
  • Mandikan bayi dengan air sedikit panas (tidak terlalu panas) hingga ke bahagian dada.
  • Letakkan bayi berhampiran alat pemanas

Hipertermia

  • Hipertermia ialah keadaan di mana suhu badan terlalu tinggi.
  • Sama ada disebabkan oleh demam atau strok haba (heat stroke)
  • Suhu badan meningkat boleh disebabkan oleh jangkitan, reaksi terhadap ubatan atau trauma.

Apa yang perlu dilakukan jika bayi mengalami Hipertermia?

  • Bukakan baju bayi dan pakaikan pakaian atau seluar yang nipis atau cukup sekadar dengan pakai lampin pakai buang sahaja.
  • Jangan selimutkannya.
  • Basahkan atau mandikan bayi dengan air suam terutamanya di bahagian muka, leher, ketiak pelipat dan pangkal peha kerana dibahagian situ yang menyumbang banyak kepada suhu badan. Jika nampak bayi sudah mula mengigil berhenti mandikan atau basahkan badannya dan pakaikan pakaian yang nipis dan selimutkan bayi dengan lembaran atau kain yang nipis sahaja.
  • Jangan biarkan suhu terlalu rendah kerana mengigil boleh menyebabkan suhu badan meningkat
  • Berikan bayi banyak minum susu atau air kerana ini juga dapat mengurangkan suhu badannya.
Oklah sampai di sini sahaja coretan hari ni.. hopefully dapat membantu..

Monday, 30 October 2017

Salam Perkenalan

Assalamualaikum dan salam perkenalan...

Hari ni baru je lepas borak dengan sorang teman.. dia yang syorkan agar aku start balik menulis blog.. Lama dah aku tinggalkan dunia berblog ni.. Nak menulis blog ni bukan mudah.. perlukan masa, minat yang mendalam, kerajinan dan komitmen.. Ramai juga yang tewas dalam bab komitmen ni... termasuklah aku..

Tapi oleh kerana, seorang teman telah mengesyorkan.. jadi aku mencuba semula.. seriously, aku xtau nak bermula dengan apa.. atau tajuk untuk Blog ni apa.. Seriously no idea at all..

Tapi aku duk teringat pada Eicah.. nama manja anak aku.. so why not untuk permulaan ni aku letak Dunia Mama Eicah.. berkisahkan kehidupan dan pengalaman mama Eicah.. Untuk permulaan.. I'm nobody.. hanya rakyat marhean atau dalam erti kata lain.. orang biasa-biasa je.. bukan artis.. bukan ikon.. bukan orang kaya..

So, apa yang menarik pasal kehidupan aku?? Jawapannya.. tiada yang menarik pun.. kehidupan aku normal.. seperti orang kebanyakkan.. Mesti ada yang pelik.. apsal gedik sangat nak buat blog??? well.. setiap orang yang buat blog ni pasti ada sebab yang tersendiri.. ada agenda masing-masing.. so am I.. Jadi apa agenda aku? Buat masa ni.. belum pasti lagi apa agenda sebenar aku.. masih samar-samar lagi sebenarnya..

Tapi yang pastinya, sesiapa yang baca atau follow blog aku.. aku berharap sangat ianya dapat memberi faedah dan membantu mereka yang sedang mencari jawapan.. aku tidak kejar populariti.. tapi aku mahu satu hari nanti blog ni dapat dibaca oleh Eicah.. agar ianya adalah antara kenangan dan memori yang mama tinggalkan untuk Eicah..

Ok.. cukup sampai di sini dahulu.. oppsss.. punya la seronok mengarang.. lupa pula nak kenalkan diri sendiri.. Nama aku Tanti.. ya.. aku rakyat Malaysia.. sebab selalu juga orang tanya aku ni orang mana selepas dengar nama aku.. hehe tu belum lagi orang selalu tegur kata muka aku macam muka kawan diorang la atau famili diorang la.. hehehe aku pasrah je..